DINAR IRAQ: HUTANG IRAQ KINI

January 26, 2011 by · Leave a Comment
Filed under: Dinar Iraq Terkini, VIP Area 

Kini, hutang negara Iraq lebih kurang USD 60 bilion. Jumlah ini lebih kurang sama dengan hutang negaraku Malaysia. Ha ha. Asal hutang Iraq pada 2003 ialah USD130 bilion. Baki hutang ini telah mengambil kira penghapusan yang dibuat oleh negara-negara dari Kelab Paris . Kelab Paris dianggotai oleh negara-negara di Eropah yang dianggap sebagai “Along” Dunia.

Read more

BACK-UP PELABURAN ANDA – 2

January 26, 2011 by · Leave a Comment
Filed under: Dinar Iraq Terkini, VIP Area 

Apa sahaja pelaburan kita perlu diback-up supaya kita tak puteh mata kehilangan wang. Hilang tenaga dan masa tak apa tetapi hilang wang semacam tak boleh diterima, walhal masa dan tenaga  pun bernilai juga. Ha ha.

Read more

SYARAT APUNGAN DINAR IRAQ

January 24, 2011 by · Leave a Comment
Filed under: Dinar Iraq Terkini, VIP Area 

Ada 2 kejayaan besar Iraq dalam beberapa tahun ini selepas tentera Amerika keluar dari Iraq. Pertama, ialah menambah keluaran minyaknya. Kedua ialah mengawal kadar inflasi dan kini dikatakan setakat 3% ke 5% sahaja.

Read more

DINAR IRAQ: ISYARAT PENTING 2.

January 22, 2011 by · Leave a Comment
Filed under: Dinar Iraq Terkini, VIP Area 

Ada beberapa info berkaitan dengan Iraq, jika dirumuskan, akan memberi bayangan proses apungan Dinar semakin hampir.

Pertamanya keazaman PM Iraq, Nuri Al Malki yang mahukan disegerakan proses pengeluaran minyak ke tahap 8 juta tong sehari. Keduanya ialah kenyataan Menteri Minyak Iraq yang mengumumkan pertambahan keluaran minyak setiap minggu sebanyak 100,000 tong. Maka dalam tempoh setahun akan mencapai tahap pengeluaran 5 juta tong sehari.

Read more

POLITIK WANG

January 21, 2011 by · Leave a Comment
Filed under: Dinar Iraq Terkini, VIP Area 

Apabila  sesebuah negara dalam peperangan, maka matawangnya akan jatuh merudum. Rakyat yang bijak akan menukar sebahagian besar wang simpanannya kepada simpanan  emas atau matawang asing yang difikirkan stabil. Itulah yang berlaku ketika zaman perang dunia kedua.  Malah jika kita perhatikan di Thailand pun macam itu juga. Apabila ada rusuhan, matawang Bhat akan jatuh. Selepas aman semula, matawang Bhat naik semula. Kalau kita ada modal besar, kita berpeluang mengaut keuntungan 10% dalam tempoh seminggu atau sebulan sahaja. Ha ha. Tapi kalau ada RM 160.00 sahaja, maka layak beli Dinar Iraq sahaja. Wooo.

Read more

APUNGAN DINAR IRAQ: IMPLIKASI 1

January 20, 2011 by · Leave a Comment
Filed under: Dinar Iraq Terkini, VIP Area 

Ada beberapa persoalan dan keraguan orang ramai terhadap kenaikan nilai dinar Iraq apabila diapungkan  nanti. Apa akan terjadi kepada Iraq jika tetiba rakyat Iraq menjadi kaya akibat apungan dinarnya. Nak kaya pun, orang risaukan. Mengapa ya.

Sebenarnya apabila dinar naik semula ke harga asal seperti zaman akhir Saddam (2003)  iaitu USD 0.30 = 1 Dinar, maka  rakyat Iraq  kembali semula ke taraf hidup  asalnya sahaja, malah lebih rendah lagi kerana faktor inflasi telah melalui tempoh 7 tahun. Apabila nilai dinar jatuh ke paras bawah satu sen USD pada 2003,

Read more

ADUHAI RV

January 19, 2011 by · Leave a Comment
Filed under: Dinar Iraq Terkini 

Kekadang saya naik  kesian dengan pemilik dinar yang percaya  berita angin,   kononnya  dinar sudah rv di beberapa buah negara.  Hukum dan  prinsip pengurusan kewangan antara bangsa adalah standard dan konsisten.Jika sesuatu matawang telah diapungklan, maka ia akan laku di mana-mana dalam dunia ini.  Sebaliknya, jika negara yang empunya matawang belum mengapungkan matawangnya, maka  wang itu tidaklah boleh dijual beli secara rasmi  di negara lain. Walaubagaimana pun ada kes sesuatu matawang  yang belum diapungkan,   laku  di sekitar negara jiran mengikut nilai semasa negara yang empunya matawang. Macam kes RM pada 1998 hingga 2005, walaupun belum ditarik tambatannya, maka ia boleh dijual beli di sekitar sempadan Malaysia di Singapura, Thailand dan Indonesia, mengikut nilai tambatan RM.

Walaupun saya hendak sangat dinar Iraq diapungkan  segera, dan kalau boleh jam 3 pagi nanti, tetapi saya tak bersedia mengatakan dinar sudah di rv di Jordan dan Syria  jika belum dapat pengesahan rasmi dari Bank Negara Iraq. Hanya sumber dari CBI sahaja yang wajar kita terima. Tengok selalu sesawang CBI   di sini.

Macam manalah saya hendak percaya dan menghormati bebudak forum dinar dan pelbagai facebook, jika mereka mengatakan saya sedang disiasat oleh BNM, walhal saya sedang enak dalam dakapan isteri saya. Ha ha. Biasanya orang-orang yang suka mereka-reka  cerita tak betul ini,  semacam ada penyakit dalam hati mereka. Eloklah diubati dengan berzikir kepada Allah kerana golongan berpenyakit hati  ini terdedah dengan sifat munafik. Barang dijauhkan oleh Allah.

Muka saya ada di tepi blog, no hp ada, no tel pejabat ada, emel ada dan jika nak minum sama pun dipersilakan. So, janganlah buat perkara mengarut. Amat malang sekali jika sang munafik hanya berlagak macam ayam jantan berkokok tanpa menunjukkan dirinya. Gerenti hantu puchong tu. Wooo. Ha ha,  sesekali orang tua ni nak mengata juga.

Insyaallah saya akan melapurkan berita Iraq dari masa ke semasa.

PROSPEK APUNGAN DINAR 2011

January 18, 2011 by · Leave a Comment
Filed under: Dinar Iraq Terkini, VIP Area 
Malaysia menanti 2011 dengan penuh debaran. PRU 13 dijangkan antara Mac dan Jun 2011. Tetapi penyimpan Dinar Iraq bukannya menanti PRU 13. Mereka  menanti Dinar diapungkan. Wooo. Dah tak larat menanti. Menanti satu penyeksaan, katanya. Ha ha.

Tempoh 2011 hingga 2013  adalah tempoh masa yang manasabah untuk membolehkan Dinar diapungkan. Banyak sebab mengapa Dinar telah layak diapungkan.

Antaranya:

Read more

DINAR IRAQ: SENARIO 2011

January 12, 2011 by · Leave a Comment
Filed under: Dinar Iraq Terkini 

Bacaan khas untuk pembaca baru blog ini.

Matawang Iraq  dikenali sebagai Dinar Iraq (IQD). Note baru Dinar diperkenalkan pada akhir 2003 sejurus Amerika menjatuhkan  Saddam Husin. IQD ditarik dari pasaran dan nilainya merudum ke USD 0.00086. Sebelum ini nilai IQD ialah antara USD 0.30 (2003)  ke USD 3.30 (1990)
 
Kejatuhan IQD sehingga ke paras bawah par ini adalah  kerana telaga minyak Iraq musnah dan menyebabkan Iraq hilang sumber pendapatannya. Hasil minyak menyumbang 90% kepada pendapatan Iraq.   Faktor kedua yang menyebabkan nilai IQD jatuh adalah kerana isu kestabilan politik Iraq
 
Kini, selepas 7 tahun, Iraq sudah jauh berubah dan menuju kepada sebuah negara yang lebih demokratik,  bersistem dalam pemerintahannya, lebih aman dan lebih kukuh ekonominya.
 
Iraq telah melalui dua kali pilihanraya secara bebas untuk memilih kerajaan. Partisapasi rakyat lebih menyeluruh dengan adanya beberapa buah parti politik. Selepas pilihan raya pada Mac 2010,   kini  Iraq  telah  mempunyai Perdana Menteri baru dan   barisan  kabinetnya.  Hubungan antara bangsa Iraq dengan negara jiran semakin mesra dan intim demi kepentingan bersama antara mereka.
 
Tentera Iraq pula telah mula  mengambil alih peranan tentera Amerika yang  mulai  keluar sejak 31hb Ogos  2010.  Kini. hanya tinggal 50,000  orang tentera Amerika  dan   kesemua mereka akan keluar dari Iraq sebelum akhir tahun 2011.  Penjara terakhir yang dikawal oleh tentera Amerika telah pun diserahkan kepada pihak berkuasa Iraq sendiri. Walaupun ada beberapa pengeboman di pinggir bandar, ianya dilihat sebagai reaksi seorang dua rakyat sahaja – bukannya satu kumpulan yang besar dan berpengaruh. Rakyat Iraq secara keseluruhannya berpuas hati kerana haknya sebagai rakyat telah berjaya dikembalikan melalui sistem pemilihan yang bebas secara demokratik.
 

Iraq telah melalui dua kali pilihan raya   selepas pencerobohan Amerika ditamatkan pada akhir  2003.  Ini  merupakan satu  anjakan yang membolehkan dunia percaya dengan keselamatan dan keamanan di  Iraq.  Iraq kini  sebagai “negara emas”  dalam pelaburan, kewangan dan ekonomi oleh pelabur luar.  Maka tidak hairanlah jika para penganalisis meramalkan matawang Iraq ini akan diapungkan pada tahun ini juga  atau  selewat-lewatnya pada 2013.

Yang hebatnya, rakyat Amerika yang dilapurkan sebagai penyimpan Dinar Iraq yang teramai sekali dalam dunia, telah mula mengisi borang pertukaran wang Dinar Iraq dan borang pengistiharan cukai keuntungan jualan Dinar Iraq kepada kerajaannya.

 Ekonomi Iraq yang bermula dari kosong pada 2003 sehingga menyebabkan  kerajaan Iraq terpaksa menjual matawang dinarnya secara lelongan kepada bank asing setiap bulan untuk menampung kos pentadbiran dan pembangunan Iraq.   Dalam dunia kini, Iraqlah sebuah negara yang “melelong” matawangnya sendiri  untuk mendapatkan matawang asing bagi membiayai kos pembangunan negaranya.  Tetapi mengapa bank asing sanggup membeli dinar sekarang pada harga USD 1.00 = 1,168 Dinar?   Ya, setiap bulan bank asing   membeli   dinar Iraq sebanyak  USD 100 juta ke 200 juta . Hal ini kerana bank asing mahu  menjadikan Dinar Iraq sebagai reserve terbaik  kepada bank mereka kerana nilai Dinar Iraq akan naik pada satu ketika nanti. Kiralah sendiri betapa untung jika 1 Dinar Iraq naik ke USD 0.30 atau USD 1.50 atau USD 3.30 iaitu seperti harga asal dahulu sebelum 2003.

 Soalan seterusnya ialah bilakah   Dinar Iraq akan naik. Faktor ekonomi merupakan faktor terpenting untuk membolehkan Dinar Iraq untuk naik. Pada masa sekarang pengeluaran minyak Iraq ialah antara 2.6 juta tong sehari.  Pengeluaran  sebanyak 2.6 juta tong sehari ini adalah pengeluaran terrtinggi  Iraq dalam tempoh 20 tahun terakhir ini.  Dijangka pada 2012, Iraq akan mengeluarkan 4.5 juta tong sehari.  Namun, PM Iraq, Nuri Al Maliki  telah mengarahkan supaya Iraq mencapai sasaran pengeluaran minyak sebanyak 8 juta tong sehari dalam tempoh yang segera.  Apabila paras pengeluaran hariannya melepasi 3 juta sehari dan menuju ke 5 juta tong sehari, maka tidak mustahil pada bila-bila masa nilai Dinar akan dikaji semula dan dinaikkan  secara perlahan-perlahan. Pihak Iraq   mungkin akan mengapungkan Dinar Iraq dipasaran dengan penetapan harga awal   sebanyak  USD 0.30.  Namun, baru-baru ini Kementerian Perancangan Iraq mencadangkan supaya nilai Dinar  dinaikkan ke  USD 1.134  untuk selama tiga tahun. Selepas itu baru dikaji semula nilainya.  Cadangan ini menarik sekali  kerana   menurut kajian Kementerian Perancangan  bahwa nilai Dinar sebanyak USD 3.134 itu adalah  satu nilai yang   “sepatutnya”  dan memudahkan pihak luar berurusan dengan Iraq.
 
 Kita mengharapkan dinar naik  selewat-lewatnya pada akhir Mac 2011, kerana Iraq bakal menyertai WTO pada bulan  November  2011. Dinar perlu diapungkan  awal supaya ianya mencapai ke satu tahap nilai yang stabil menjelang bulan November nanti apabila Iraq join WTO. Tak molek sungguh kalau Iraq menyertai  WTO  tanpa terlebih dahulu wangnya terapung dengan nilai yang kukuh dan stabil. Itulah pandangan ramai ahli ekonomi.
 

Isu-isu lain seperti kononnya dinar akan dibuang 3 kosong adalah karut kerana langkah ini bukannya akan menaikan nilai Dinar tetapi akan mengurangkan nilai Dinar.  Apakah logik 25000 Dinar akan jadi 25 Dinar. Jika Dinar naik dan  bernilai USD 3.00 pun, nilai Dinar tetap lebih rendah dari nilai sekarang. Apakah itu maksud pemulihan ekonomi Iraq. Saya dah naik malas nak cerita hal ini  kerana bahasa matawang yang mengatakan buang 3 kosong itu adalah  memberi  maksud untuk menaikan nilai Dinar,  ianya  perlu menjadikan  nilai 1000 dinar ke 1 Dinar bersamaan 1 USD. Bukannya  note 10,000 itu jadi 10. Patutlah orang kita ini lemah sangat  kefahaman dalam matematik. Ha ha.

Cerita note baru pun satu hal. Bukan  mudah bagi  sesebuah negara  menukar note secara semborono tanpa notis awal. Semua negara membenarkan note lama digunakan untuk satu tempoh  yang ditentukan bersama-sama dengan note baru yang diperkenalkan. Takkan tiba-tiba sahaja wang lama dihapuskan dan diganti dengan wang baru. Mana ada logik bib. Gunalah otak sikit. Duit satu sen Malaysia yang nak dibuang pun kena bagi notis setahun juga. Woooo. Inikan wang Dinar yang dah melampuh kat pasaran dunia. Kok jadi macam tu, ramai yang bunuh diri nanti. Ha ha.

Pemilikan  Dinar Iraq (saya tidak mengistilahkan sebagai “pelaburan”) adalah skim lambat kaya,  khususnya yang telah memilik   dinar   sejak 2006,  bukannya skim cepat kaya.  Tetapi yang baru memiliki Dinar pada 2011,  maka anda adalah beruntung kerana pada bila-bila masa mulai sekarang, dinar akan diapungkan.   Wau.  Untung juga yang lambat tau hal dinar ini. Taklah terasa “lama” menanti. Namun ada juga yang dah “gila” tak sabau manunggu walaupun sehari.  Wooo.

 

Nota:

Harga Dinar dan Potensinya:

Ya, dengan andaian Dinar akan diapungkan pada harga 1 Dinar bersamaan USD 0.30, maka memiliki:

10,000 Dinar Iraq pada harga RM 160.00 berpotensi menjadi RM 10,000.00

20,000 Dinar Iraq pada harga RM 320.00 berpotensi menjadi RM 20,000.00

25,000 Dinar Iraq pada harga RM 375.00 berpotensi menjadi RM 25,000.00

30,000 Dinar Iraq pada harga RM 450.00 berpotensi menjadi RM 30,000.00

50,000, Dinar pada harga RM 750.00 berpotensi menjadi RM 50,000.00 (note 10K, 5 keping atau note 25K, 2 keping)

500,000 Dinar pada harga RM 7,500.00 berpotensi menjadi RM 500,000.00

Saya hanya menjual note 10K dan 25K sahaja. Pembelian tunai atau melalui kad kredit, sila datang terus ke pejabat. Belian secara on line sila sms kepada saya untuk dapatkan no akaun.

Emel: alifx59@gmail.com

Pejabat: No 1A, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, 53000 KL -belakang Hospital Tawakkal, atas Restoran Rafiya.
Tel: 03-4024 4859

USD 3.22 – USD 5.75

December 10, 2010 by · Leave a Comment
Filed under: Dinar Iraq Terkini 

Katanya semua sudah siap sedia. Iraq sudah bersedia. Perancang RV sudah sedia. Hanya menanti Obama bersetuju sahaja. Obama dikatakan sedang memikirkan berapa cukai yang patut dikenakan kepada pemegang dinar di Amerika.

Rate pertukaran yang dicadangkan cukup menggerunkan saya. Perancang RV mahu USD 5.75. Obama mahu USD 3.22. Kita tak kira apa pun – Kalau USD 5.75, kira  ok. Kalau USD 3.22  pun Alhamdulillah. Yang penting, apunglah tahun ini juga.

Katanya orang dibelakang perancang RV ialah Bush.

Ada orang bertanya kepada saya, mengapa  saya masih menjual dinar  lagi kalau tahu dinar bakal diapungkan dalam masa terdekat ini. Jawapannya ialah saya sendiri  telah menyimpan stok  peribadi  sebanyak 15 juta dinar. Hanya 5 juta dinar sahaja untuk jual beli, berkongsi dengan anda semua. Tak mahu ke. Tak mahu tak apa,biar saya kaya seorang  sahaja le nampaknya. Ha ha.

BILA BILA SAHAJA

December 8, 2010 by · Leave a Comment
Filed under: Dinar Iraq Terkini, VIP Area 

Bagi peminat pelaburan  negara ini, masa terbaik memiliki dinar adalah sebelum akhir tahun 2010  kerana:

i.  Sejak awal lagi, iaitu apabila Dinar baru Iraq  diperkenalkan  pada akhir tahun 2003, penganalisa ekonomi meramalkan ianya akan diapungkan dalam tempoh 5 ke 10 tahun. Kini, selepas 7 tahun, ianya adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak bagi  Dinar Iraq ini diapungkan. Malah lebih hebat  dari itu, para pengurus dana antara bangsa telah membuka pejabat di Iraq dan menjadikan Dinar Iraq sebagai “hedging fundnya”. Jika anda menyimpan 10 ribu Dinar atau sejuta Dinar pun janganlah risau kerana kini Dinar Iraq sudah masuk ke era dimana matawangnya telah dijadikan sebagai salah satu hedging fund oleh para pengurus dana. Kalau anda “bodoh” atau terlalu “berani” kerana memilki dinar ini, maka para pengurus dana yang profesional itu lagilah “bodoh”  dan terlalu “berani”  kerana mereka membeli dinar dengan nilai yang besar – kalau bukan puluhan juta USD, tentunya ratusan juta USD. Anda baru  seciput je. Itu pun bukan main nak  rak   perasaan menanti dinar diapungkan. Ha ha ha.


Read more

BANK NEGARA IRAQ KAJI DINAR

December 3, 2010 by · Leave a Comment
Filed under: Dinar Iraq Terkini 

Antara fokus utama kabinet Iraq yang bakal dibentuk ialah membangunkan industri minyak. Minyak merupakan penyumbang utama pendapatan Iraq. Malah ianya menggiurkan pelabur   asing untuk masuk ke Iraq. Dan ia juga penentu kepada nilai Dinar Iraq pada masa hadapan. Iraq kena meningkatkan pengeluaran minyaknya  dari 2.5 juta tong sehari ke satu jumlah yang membolehkan pendapatan negaranya ada lebihan. Tahun 2012 diramalkan bajet tahunannya akan berlebihan atau surplus.

Bank Negara Iraq dikatakan sedang menstruktur semula matawang negaranya. Apakah ini sebagai tanda-tanda awal Dinar bakal diapungkan?  Ada yang kata tahun ini juga. Jika betul, ramai yang bakal menjadi jutawan dan ramai juga yang melopong. Tanyalah diri sendiri. Simpanlah Dinar walaupun setakat 10,000 Dinar yang hanya berharga RM 160.00 sahaja. Anda bakal meraih RM 10,000.00 jika diapungkan pada harga USD 0.30 sedinar.

RM dijangka mengukuh menjelang 2012 dan diramalkan USD 1.00 bersamaan RM 2.20. Apakah Amerika tidak akan mengambil langkah-langkah perlu untuk memperkukuhkan USD? Apakah Amerika memerlukan apungan Dinar Iraq untuk menguatkan ekonominya?   Ramai yang mengatakan Amerika yang sangat memerlukan apungan Dinar ini. Kita di Malaysia, hanya  menumpang semangkuk sahaja.

Tunggu sahajalah. Jangan tak lelap malam ini dah le. Ha ha. Ramai yang dah mimpi banjir. Yang pasti Kedah dah banjir pada bulan lalu.

Next Page »

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.