USD 3.22 – USD 5.75
Katanya semua sudah siap sedia. Iraq sudah bersedia. Perancang RV sudah sedia. Hanya menanti Obama bersetuju sahaja. Obama dikatakan sedang memikirkan berapa cukai yang patut dikenakan kepada pemegang dinar di Amerika.
Rate pertukaran yang dicadangkan cukup menggerunkan saya. Perancang RV mahu USD 5.75. Obama mahu USD 3.22. Kita tak kira apa pun – Kalau USD 5.75, kira ok. Kalau USD 3.22 pun Alhamdulillah. Yang penting, apunglah tahun ini juga.
Katanya orang dibelakang perancang RV ialah Bush.
Ada orang bertanya kepada saya, mengapa saya masih menjual dinar lagi kalau tahu dinar bakal diapungkan dalam masa terdekat ini. Jawapannya ialah saya sendiri telah menyimpan stok peribadi sebanyak 15 juta dinar. Hanya 5 juta dinar sahaja untuk jual beli, berkongsi dengan anda semua. Tak mahu ke. Tak mahu tak apa,biar saya kaya seorang sahaja le nampaknya. Ha ha.
BILA BILA SAHAJA
Bagi peminat pelaburan negara ini, masa terbaik memiliki dinar adalah sebelum akhir tahun 2010 kerana:
i. Sejak awal lagi, iaitu apabila Dinar baru Iraq diperkenalkan pada akhir tahun 2003, penganalisa ekonomi meramalkan ianya akan diapungkan dalam tempoh 5 ke 10 tahun. Kini, selepas 7 tahun, ianya adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak bagi Dinar Iraq ini diapungkan. Malah lebih hebat dari itu, para pengurus dana antara bangsa telah membuka pejabat di Iraq dan menjadikan Dinar Iraq sebagai “hedging fundnya”. Jika anda menyimpan 10 ribu Dinar atau sejuta Dinar pun janganlah risau kerana kini Dinar Iraq sudah masuk ke era dimana matawangnya telah dijadikan sebagai salah satu hedging fund oleh para pengurus dana. Kalau anda “bodoh” atau terlalu “berani” kerana memilki dinar ini, maka para pengurus dana yang profesional itu lagilah “bodoh” dan terlalu “berani” kerana mereka membeli dinar dengan nilai yang besar – kalau bukan puluhan juta USD, tentunya ratusan juta USD. Anda baru seciput je. Itu pun bukan main nak rak perasaan menanti dinar diapungkan. Ha ha ha.
BANK NEGARA IRAQ KAJI DINAR
Antara fokus utama kabinet Iraq yang bakal dibentuk ialah membangunkan industri minyak. Minyak merupakan penyumbang utama pendapatan Iraq. Malah ianya menggiurkan pelabur asing untuk masuk ke Iraq. Dan ia juga penentu kepada nilai Dinar Iraq pada masa hadapan. Iraq kena meningkatkan pengeluaran minyaknya dari 2.5 juta tong sehari ke satu jumlah yang membolehkan pendapatan negaranya ada lebihan. Tahun 2012 diramalkan bajet tahunannya akan berlebihan atau surplus.
Bank Negara Iraq dikatakan sedang menstruktur semula matawang negaranya. Apakah ini sebagai tanda-tanda awal Dinar bakal diapungkan? Ada yang kata tahun ini juga. Jika betul, ramai yang bakal menjadi jutawan dan ramai juga yang melopong. Tanyalah diri sendiri. Simpanlah Dinar walaupun setakat 10,000 Dinar yang hanya berharga RM 160.00 sahaja. Anda bakal meraih RM 10,000.00 jika diapungkan pada harga USD 0.30 sedinar.
RM dijangka mengukuh menjelang 2012 dan diramalkan USD 1.00 bersamaan RM 2.20. Apakah Amerika tidak akan mengambil langkah-langkah perlu untuk memperkukuhkan USD? Apakah Amerika memerlukan apungan Dinar Iraq untuk menguatkan ekonominya? Ramai yang mengatakan Amerika yang sangat memerlukan apungan Dinar ini. Kita di Malaysia, hanya menumpang semangkuk sahaja.


