Hari ini kebetulan saya sibuk urusan di luar pejabat dan apabila masuk ke pejabat, ramai pula tetamu yang datang berkunjung. Maka lewatlah saya mengupdate blog ini sedangkan peminat dinar sudah membara menunggu berita panas dari blog ini. Ha ha.
Malah ada yang menghantar sms kepada saya mengatakan dinar sudah diapungkan dan sudah boleh ditukar di Money Changer KL pada hari ini. Ha ha. Begitulah apabila cerita khabar angin disampaikan dari seorang keseorang, maka banyaklah rempah ratusnya.
ANTARA beita dinar yang manarik untuk dilapurkan oleh saya pada hari ini ialah tentang Isu pembuangan 3 kosong pada dinar Iraq. Isu ini akan dibincangkan dalam satu forum pada 15hb Oktober, jam 10 malam di Baghdad.
Apakah maksud pembuangan 3 kosong itu? Samada:
PERTAMA:
Menaikkan nilai Dinar Iraq sehingga hilang 3 kosong pada nilai Dinar Iraq. Jika sekarang 1,1170 Dinar bersamaan 1 USD, maka ianya akan menjadi 1 Dinar bersamaan 1 USD. Maka 10,000 Dinar yang anda miliki sekarang akan menjadi USD 10,000.00 atau RM 33,000.00. Jika ada 500,000 Dinar akan menjadi USD 500,000.00 atau 1,650,000.00. Wau, kaya kaya kaya tu.
Atau KEDUA
Note Dinar yang ada akan dibuang 3 kosong, misalnya note 10,000 Dinar akan jadi 10 Dinar sahaja. Jika ini terjadi, semua orang akan bankrap dan ramai yang bunuh diri. Ha ha. Jika Dinar naik ke USD 3.00 pun tak ada faedahnya lagi kerana 10 Dinar akan menjadi setakat USD 30.00 sahaja atau RM 99.00 sahaja. Siapa mahu bib!!!! Tu yang tak logiknya.
Maka marilah kita menantikan 15hb Oktober, jam 10 malam, waktu Baghdad. Rasanya waktu Malaysia ialah 16hb Oktober jam 3 pagi. Jika betul analisanya seperti andaian pertama di atas, saya ucapkan SELAMAT MENJADI JUTAWAN KEPADA ANDA SEMUA. Ha ha.
Kepada sesiapa yang sms kepada saya, saya minta maaf kerana tak mampu memberi jawapan yang panjang lebar dalam sms. Maka tunggu sahaja posting terbaru saya dalam blog ini.
Kepada Ridhuan Johor, Khairul Sarawak, Wan Zainal Perak, dan lain-lain - “bila mahu belanja aku minum kopi ha?” Penat dah aku menjawab sms engkau orang. Ha ha. Kalau tak hendak bayar, aku pun boleh bayar le. Gurau sahaja ya sahabat.
Semua menanti 10.10.10 dengan penuh debaran. Siapa tak mahu kaya bib. Ha ha. Sebenarnya waktu Amerika lewat 12 jam dari waktu Malaysia. Maka 9 pagi di sana adalah sama dengan jam 9 malam di Malaysia. Maka berita di sana akan sampai lewat mengikut jam kita. Orang main forex, taulah hal ini. Ha ha. Kita dah nak masuk tidur, depa baru nak mula kerja.
Ada web berbahasa Arab, melaporkan kenyataan Menteri Kewangan Iraq di Washington semalam bahawa hasrat Iraq menghapuskan tiga kosong pada matawangnya. Terjemahan ke Bahasa Inggerisnya tak berapa lengkap pula. Maka info lengkap gagal diperolehi. Mungkin dalam sehari dua nanti, akan dapat info lanjut.
Daripada kenyataan tersebut, apakah ianya membawa maksud 1,170 dinar kini yang bersamaan dengan USD 1.00 akan menjadi kepada 1.17 Dinar bersamaan dengan USD 1.00? Atau ianya membawa maksud 10,000 Dinar akan menjadi 10 Dinar sahaja. Ramai yang pening mendengar ucapan Menteri Kewangan Iraq itu. Namun ramai penganalisa meramalkan 1 Dinar akan menjadi 1 USD.
Sudah banyak kali Menteri Kewangan Iraq mengeluarkan kenyataan sebegini. Tetapi Bank Negara Iraq tentu ada formula dan strategi bilakah masa yang paling sesuai untuk menilai semula Dinarnya supaya ianya memberi faedah dan keuntungan kepada ekonominya.
Perkembangan dinar perlu diberi perhatian sehingga tarikh baget Iraq yang dibentangkan pada akhir tahun ni kerana itulah masa yang paling sesuai bagi Iraq mengistiharkan pencapaian ekonominya dan menilai semula Dinarnya.
Moga mandi anda basah dan tidur pun lena. Selepas 17hb Oktober baru saya membuat keputusan samada dinar masih boleh ditambah lagi atau tidak. Yang seronoknya beberapa Money Changer di KL sudah pasang notis- ” Dinar Iraq boleh tukar di sini”. Ini isyarat baik kepada kita semua. Tentu mereka sudah terbau sesuatu.
Sistem ekonomi bebas yang diamalkan oleh dunia pada masa kini menerima konsep pasaranlah yang berhak menentukan sesuatu harga matawang. Maka wang wajar diapungkan dan harganya ditentukan oleh pasaran. Pihak berkuasa negara hanya akan campur tangan apabila dilihat keadaan nilai matawang itu boleh mengancamkan ekonomi negaranya.
Pada peringkat awal pemisahan Malaysia dan Singapura, RM Malaysia sama dengan Dollar Singapura. Selepas itu Dollar Singapura semakin menguat dari RM Malaysia secara perlahan-lahan. Pada peringkat awal, Malaysia membelanjakan wangnya untuk menjaga dan mempertahankan nilai RM bersamaan dengan Dollar Singapura. Ketika itu Menteri Kewangan Malaysia ialah Tun Tan Siew Sin.
Namun ketika Tengku Razaleigh menjadi Menteri Kewangan, Malaysia tidak lagi mempertahankan nilai wangnya sama dengan Dollar Singapura. Maka nilai RM dan Dollar Singapura ditentukan oleh pasaran dan kini 1 Dollar Singapura = RM 2.30. Malaysia ketika itu mengambil langkah berani, walaupun nilai dollar Singapura terus menguat berbanding RM Malaysia, Malaysia terus membiarkan pasaran menentukan nilai RMnya.
Tetapi pada 1998, RM merudum sehinga ke tahap 1 USD = RM 4.80. Maka Dr Mahathir menarik RM dari pasaran atau dari apungan dan mengikat RM 3.80 = USD 1.00. Walaupun Malaysia tidak diserang oleh tentera Amerika, matawangnya merudum. Mahathir menudoh Soros punya angkara. Hakikatnya, pada masa itu asas ekonomi yang lemah memudahkan sebarang spekulator atau penyangak matawang membuat strategi mengaut keuntungan.
Apabila matawang Malaysia ditambat pada RM 3.80, strategi menarik pelaburan asing mengalami sedikit ganguan kerana para pelabur tidak tau berapa nilai sebenar RM di pasaran. Maka lahirlah sang broker under ground yang membawa masuk pelabur asing dengan memberi tukaran RM yang lebih menarik kepada mereka.. Para broker menawarkan USD 1.00 pada nilai RM 4.20. Win-win. Pelabur dapat RM yang lebih. Malaysia pula dapat USD dan pelaburan asing. Begitulah senario ekonomi ketika wang Malaysia ditambat pada 1998 hingga 2005.
Ya, situasi Iraq pun macam itulah juga. Ketika serangan Amerika ke atas Iraq, dinarnya jatuh menjunam. Maka ianya tidak dijual di pasaran. Selepas sekian tahun, negaranya pulih, maka dinar akan naik dan wajib diapungkan semula. Bila?. Ya, makin dekat dah……
Pilihan tarikh apungan saya ialah Oktober ini, atau selepas pembentangan Baget Iraq 2011 atau 2013. Lagi cepat lagi bagus. Doa sahaja kita bersama. Ramai yang menebus kegagalan pelaburan dengan Dinar Iraq. Woooo.
Nota panas: Menteri Kewangan Iraq, Al Zubaidy, diberi penghormatan oleh IMF dan World Bank untuk berucap mewakili Gabenor Bank Negara Arab serantau pada pagi ini di Washington. Maknanya – orang banyak wanglah yang dihormati!!!!
Ketika Tengku Razaleigh mencabar Dr Mahathir pada 1980an dahulu, antara isunya ialah berkaitan dengan hutang luar Malaysia yang makin meningkat lantaran Malaysia terlibat dengan industeri berat. Walaupun pelbagai hujah akademik pro dan kontra dilontarkan oleh pelbagai pihak, Ghafar Baba muncul dengan jawapan yang paling klasik sekali. Ha ha. Apa Ghafar kata? Mudah sahaja Ghafar menjawabnya –
“kita boleh berhutang kerana orang percaya kita boleh bayar hutang” . Para CEO dan tokoh korporat melopong mendengar hujah Ghafar di dalam satu majlis perasmian di PJ pada akhir 80an dahulu.
Ada dua lagi teori ekonomi Ghafar yang sesiapa pun tak boleh lawan dengannya. Ha ha. Nak tau kena bayar sepuloh sen sahaja. Wooo.
Saya ceritakan kisah lama ini kerana sahaja nak kaitkan dengan Iraq yang juga dipercayai oleh IMF sehingga sanggup memberi pinjaman dan geran berbilion dollar USD. Pada awal Oktober ini, Iraq diberi geran sebanyak USD 741 juta, sebahagian dari pakej USD 3.7 biliion. Malah IMF memuji Iraq dalam landasan ekonomi yang baik dan terkawal walaupun kini dunia mengalami cabaran yang hebat. Baca
di sini.
Manakala dalam kenyataan yang lain, IMF telah meminta agar nilai matawang Iraq dinaikkan sebelum baget 2011. Wooo. Kalau bukan 10.10.10, apakah pada bulan Disember nanti? Suspen bib. Apa pun, cahaya di terowong semakin jelas. Ramai yang dah mimpi air banjir datang kepada mereka. Woooo.
Antara isu popular dalam komuniti Dinar ialah tentang penghapusan tiga kosong dalam note Dinar Iraq. Kononnya penghapusan tiga kosong itu akan memudahkan kiraan, meningkatkan nilai Dinar dan mengurangkan sirkulasi Dinar di pasaran.
Sebenarnya Bank Negara Iraq pernah mengeluarkan kenyataan menafikan tentang rancangan penghapusan tiga kosong itu. Dalam bisnes dan ekonomi, logik dan rasional adalah elemen terpentig dalam pemikiran dan rancangan sesuatu perkara. Maka kes penghapusan tiga kosong adalah suatu yang tidak logik dan tidak rasional. Apakah Bank Negara Iraq bersedia membankrapkan rakyat Iraq dan bank perdagangan di Iraq dengan menjadikan nilai 25,000 Dinar ke 25 sahaja. Ini sudah jutaan peratus kerugiannya. Saya rasa bank-bank komersil di Iraq menyimpan Dinar bertrilion banyaknya. Maka bankraplah mereka jika penghapusan tiga kosong itu dilaksanakan.
Kononnya jika Dinar Iraq naik ke USD 1.00, maka note 25,000 Dinar akan bersamaan dengan USD 25,000.00. Mereka takut dengan “nilai” itu, besar sangat, katanya. Tetapi semua mahu nilai sebanyak itu. Ha ha.
Cuba kita lihat note Dinar Kuwait yang terbesar iaitu 10,000 Dinar Kuwait. I Dinar Kuwait bersamaan USD 3.40. Maka nilainya bersamaan USD 34,000.00 atau melebehi RM 112,000.00. Tak timbul langsung cerita Dinar Kuwait akan dibuang tiga kosong. Logiknya buang tiga kosong akan merugikan negara berkenaan. Takkan satu negara nak buat negaranya RUGI.
Yang logiknya dalam cerita ini ialah buang tiga kosong dari 1 Dinar yang kini bersamaan USD 0.00085 kepada USD 0.85. Barulah kita KAYA bib. Jika strategi ini, nampaklah logik, manasabah dan rasional.
Tentang isu sirkulasi Dinar, lagi terbalik hujah para pembawa khabar angin. ini. Kononnya Iraq nak kurangkan jumlah dinar dari 35 trilion ke 25 biliion sahaja. Mana ada dalam dunia ini, sebuah negara akan mengurangkan wangnya di pasaran. Malah sesebuah negara akan berusaha lebih untuk menambahkan kekayaan negaranya. Kekayaan negara bertambah ditunjukkan dengan bertambahnya pusingan atau sirkulasi matawangnya dalam dunia. Tak tahulah saya kalau negara Monggolia buat macam tu. Jika ya, patutlah Altantunya kena bom fasal nak kurangkan RM di negara ini. Woooo.
Sejak note Dinar Iraq baru dipekenalkan pada akhir 2003 yang mengikut standard antara bangsa, isu pertukaran note sentiasa diperkatakan oleh ramai pihak, walaupun Bank Negara Iraq tidak menyatakan sebarang rancangannya. Pertukaran sesuatu note oleh sesebuah negara, lazimnya memerlukan strategi berikut:
- Note lama akan terus dibenar untuk penggunaan dalam satu tempoh yang manasabah misalnya enam bulan ke setahun di samping menggunakan note baru. Maka penyimpan note lama ada masa membuat pertukaran.
- Jika sampai tempoh akhir penggunaan note lama, ianya tidak boleh digunakan lagi dalam urusniaga harian tetapi boleh ditukar terus ke Bank Negara masing-masing. Misalnya jika anda ada note lama (versi terakhir) RM 1,000.00. anda masih boleh menukarnya terus ke Bank Negara Malaysia. Saya pernah melihat seorang yang mendapat kelulusan dari Bank Negaranya untuk membawa masuk note lama untuk ditukar ke note baru. Biarlah saya merahsiakan negara mana.
Bank Negara Iraq akan mengumumkan secara rasmi jika ada rancangan menukarkan note yang lebih baru. Maka, janganlah anda risau, kerana banyak Money Changer di sekeliling negara Iraq yang menyimpan Dinar Iraq seperti kita juga.
Bagi pembeli dinar dari blog ini, akan saya akan uruskan pertukaran note itu jika ianya berlaku. Moga anda tidur dengan nyaman mulai malam ini dan tunggu sahaja masa apungan yang semakin hampir. Berita terbaru mengatakan Dinar akan naik terus ke USD 1.03 pula. Kita tak marah jika itulah beritanya. Ha ha.
Iraq mencipta sejarah dan memecah rekod dunia sebagai satu negara yang gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya. Sebelum ini ialah negara Belanda yang gagal membentuk kerajaan selama 207 hari selepas pilihan raya pada tahun 1977. Engkau orang belum lahir lagi pada masa tu wahai anak muda Reformasi. Ha ha.. Semalam Iraq sudah memasuki hari yang ke 208 tanpa kerajaan.
Pakatan parti poltik di Iraq sedang berusaha mengenepikan Syed Allawi sebagai PM Iraq kerana Allawi dikatakan sekular dan pro Amerika.
PM Iraq wajib dibereskan kerana Kerajaan Iraq pelu merangka dan membentang Baget 2011 pada akhir tahun ini. Jika mereka tak berjaya melantik PM, terpaksalah kita menghantar Anwar Ibrahim membentang Baget di sana kerana sebuatan huruf “ain” oleh Anwar begitu merdu sekali. Wooo.
Kumpulan Syiah sudah bersetuju mencalunkan Malik An Nuri sebagai calun PM. Maka kini ada dua calun pilihan PM samada Maliki An Nuri atau Syed Allawi. Dua-dua syiah. 70% yang bermazhab Syiah di Iraq adalah berbangsa Arab, berbeza dengan Iran yang hampir 100% berbangsa Farsi. Jangan tak tak tahu bib. Oh ya Syiah pun macam orang Melayu juga – ada yang islamik dan ada yang sekular. Ha ha.
Kita tunggu Isnin ini apa akan jadi pada Iraq. Ada kawan kata,buat “tak penting PM Iraq, yang penting Dinar diapung. Kah kah kah – jom gelak macam Zunar. Kesian kau Zunar, buat kartun pun kena masuk lokup. Alahai Malaysiaku….
Masih ramai yang bertanya tentang bilakah Dinar Iraq bakal diapungkan walaupun saya telah menulis dengan jelas dalam beberapa posting di blog ini.
Berdasarkan pengalaman Afganistan, ianya mengambil masa 11 tahun. 1 Afghan naik kepada 10 Afghan. Manakala Dinar Kuwai mengambil masa untuk naik selama 13 tahun. Dinar Kuwait naik dari USD 0.10 ke USD 3.40
Maka Dinar Iraq akan naik pada tempoh lebih kurang begitu juga. Namun ramai yang meramalkan Dinar Iraq akan diapungkan dalam tempoh 5 ke 10 tahun. Kini telah 7 tahun. Saya meyakini Teori Pusingan Ekonomi(TPE). Ada dua versi TPE iaitu TPE 7 Tahun dan TPE 10 Tahun. Jika TPE 7 Tahun, maka ianya akan diapungkan dalam tahun ini juga. Jika TPE 10 tahun, maka kita kena tunggu pada 2013.
Berdasarkan prestasi ekonomi Iraq kini, tidak hairan jika Dinar akan diapungkan pada bila-bila masa dari sekarang. Dan untuk Dinar mahu diapungkan, maka ianya TIDAK PERLU NOTIS AWAL. Sebaik sahaja Gabenor Bank Negara Iraq mengahabiskan ucapannya, maka terapunglah Dinar dipasaran. Ia tak boleh mengumumkan Dinar akan diapungkan pada esok atau minggu depan atau pada bulan hadapan. Jika ini dibuat, maka berlakulah spekulasi tanpa kawalan terhadap Dinar Iraq. Soros akan borong habis semua dinar di dunia. Terpaksalah pula Dr Mahathir bangun melawan Soros. Ha ha.
Apa yang perlu kita buat ialah SIMPAN DINAR DAN BERDOA AGAR DINAR SEGERA DIAPUNGKAN SUPAYA MENJADI JUTAWAN MUDA. Tetapi kalau ada 10K dinar sahaja, tak dapatlah menjadi jutawan. Namun cukup untuk menunaikan ibadah Umrah tu. Wooo.
« Previous Page