Mengikut perundangan Iraq, Bajet Tahunannya hendaklah diluluskan oleh kabinet, parlimen dan Majlis Presidennya.
Deraf Bajet Iraq 2011 sebanyak USD 86.4 biliion menunggu untuk diluluskan oleh tiga institusi diatas. Jika PM dan kabinet Iraq gagal dilantik dalam masa terdekat ini, bagaimanakah nak laksanakan Bajet Iraq? Nampak gayanya Iraq akan mencipta sebuah rekod dunia yang baru lagi, selepas menjadi negara yang paling lama gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya. Apa mahu jadi daa.
Bajet Iraq 2011 dikatakan masih mengalami defisit lagi sebanyak USD 18.6 biliion. Hanya pada tahun 2012 sahaja, Iraq akan mempunyai lebihan dalam bajetnya. Maka tak hairanlah jika ada pendapat mengatakan masa yang paling rasional Dinar diapungkan ialah pada 2013. Ha ha. Sudah tentu ramai yang tak suka dengan kenyataan ini kerana semua mahu kaya pada bulan November ini atau Februari 2011.
Namun, kita kena ambil perhatian tentang kemungkinan dinar akan diapungkan pada akhir tahun ini atau pada awal tahun tahun 2011. Ianya mungkin bermula pada harga permulaan sebanyak 1 sen USD. Secara perlahan-lahan Dinar akan naik sehingga USD 0.30. Berdasarkan kes RM yang ditambat pada 1998 dan diapungkan semula pada 2005; memang banyak khabar angin yang bertiup yang mengatakan RM akan diapungkan sebelum benar-benar diapungkan. Akhirnya selepas setahun khabar bertiup, maka RM pun diapungkan. Apakah nasib Dinar Iraq pun akan jadi macam tu. Heboh dinar akan diapungkan pada 2010. Dan adakah ianya akan terjadi pada awal 2011? Kita kena ambil perhatian serius terhadap sebarang info yang melanda pasaran kini. Amerika dikatakan sedang mendesak agar Dinar segera diapungkan kerana Amerika memerlukan tunai dan nilai pelaburannya di Iraq adalah yang tertinggi sekali.
Berdasarkan Bajet 2012 yang dijangka akan berlebihan, maka nilai Dinar akan meletup ke USD 1.00 atau USD 3.00 adalah suatu yang wajar dalam hukum ekonomi. Tentulah sebuah negara yang surplus bajetnya akan memberi kesan kepada matawangnya secara positif. Pada ketika itu, jika matawang Iraq tidak naik, maka kita boleh katakan ‘gila’ kepada matawang Iraq.
Maka strategi menjual atau menukar Dinar secara berfasa kenalah diaturkan supaya kita berpeluang menikmati nilai Dinar pada nilai USD 1.00 atau USD 3.00. Ketika Dinar diapungkan pada harga 1 sen USD pun, anda sudah untung 100% sebenarnya. Jika naik USD 0.30 pula, anda akan untung beribu-ribu peratus.
Yang saya tak tahan, ramai yang mengadu kepada saya bahwa mereka tidur dan bermimpi air bah melimpah di sekeliling rumah mereka. Kata peramal mimpi, jika mimpi air bah, tandanya rezki akan datang dengan banyaknya. Yang saya tahu dan yakin ialah semakin banyak kita bersedekah, semakin banyak rezki yang diganjari oleh Allah SWT. Kalau tak percaya buatlah selepas membaca blog ini. Ada beranikah?. Yang mimpi tadi, tak tahulah saya, adakah sebelum mereka tidur, sudah berwuduk ke tidak. Wooo.
Bagi saya mudah aja. Tunggu ajalah. Buatlah kerja lain dulu. Bacalah blog saya seminggu sekali. Kalau terlewat tahu Dinar diapungkan pun, anda masih sempat menukarnya. Woooo.
Saya sibuk beberapa hari ini kerana mahu ke Galas, Kelantan. Bukan nak berkempen sangat tetapi nak menonton pesta politik. Kalau saya berceramah nanti, kok geng politik tak boleh berceramah lak nanti, kerana semua mahu saya berceramah. Ha ha.
Minggu ini dan minggu depan, kita hanya perlu memantau apakah PM dan kabinet baru Iraq dapat dibentuk atau tidak kerana ini adalah kunci kepada lonjakan dinar. Pembentangan Bajet Iraq adalah penting sekali kerana iamya membentang prestasi ekonmi Iraq dan sekaligus memperakukan rancangan masa depan Iraq. Ianya juga akan melihat apakah polisi kewangan Iraq pada masa hadapan.
Suatu yang tak perlu kita risaukan ialah saban hari Iraq dilapurkan membuka telaga minyak yang baru termasuklah Petonas yang telah berjaya mendapat tender mengoperasi 2 telaga minyak. Dalam tempoh 5 tahun ini, Iraq dijangka mengeluar minyak 7 ke 9 juta tong sehari. Ketika itu Iraq akan menjadi sebuah negara terkaya dunia. Seorang sahabat saya yang bekerja di hotel mengatakaan Pak Arab yang datang ke Malaysia membawa tunai satu beg untuk dibelanjakan, Ha ha. Apa ke tidaknya, 10,000 Dinar Kuwait yang sekeping itu sahaja bila ditukar di sini menjadi RM 100,000.00. Wau. Tak hairanlah nanti jik Pak Arab Iraq yang bawa sekeping 10,000 Dinar Iraq ke sini, akan bernilai RM 33,000.00.
Jika ada berita panas. saya akan sms sahaja kepada semua pembeli dinar dari blog ini. Jika sms tu pada jam 3 pagi, tanda dinar dah naik. Ha ha. Bangunlah bersujud syukur. Wooo.
Ok jumpa di Galas wahai Cikgu Mohd Faizku. Urusan Dinar seperti biasa kerana operasi hantaran akan dilakukan oleh staf di pejabat saya.
Pimpinan parti-parti politik utama di Iraq akan bertemu dengan Presidennya pada minggu hadapan untuk membincangkan kes perlantikan PM Iraq. Sudah kerap kali parti politik di Iraq mengatakan akan memuktamadkan perlantikan PM tetapi tetap tertangguh. Moga-moga kali ini benar-benar dapat diselesaikan kes PM ini.
Bank Negara Iraq dilapurkan menunggu PM dan kabinet baru untuk memutuskan apakah keputusan kerajaan baru Iraq untuk menilai semula (RV) dan mengapungan Dinar Iraq.
IMF telah meminta Iraq membuat RV sebelum Bajet Iraq 2011. Manakala Menteri Kewangan Iraq telah memberi komitmen untuk menilai semula Dinar Iraq. Pemilik Dinar pula dah tak sabar menunggu Dinar di apungkan. Hanya kerajaan baru Iraq sahaja yang belum dibentuk untuk menentukan nasib Dinarnya. Wooo. Sabar ajalah. Ha ha.
Ramalan Dinar diapungkan pada bulan November kerana itu adalah tarikh sebelum Bajet Iraq, selaras dengan permintaan IMF. Manakala ramalan pada bulan Febuari 2011, adalah berdasarkan tarikh selepas Bajet Iraq . Berdasarkan rancangan Global@1 di TV 1, pada Ahad lalu; jika apungan pada November 2010, nilai apungan ialah USD 1.49 dan jika diapung pada Februari 2011, nilai apungan ialah USD 3.80.
Para tokoh kewangan berpendapat lagi lambat dinar diapungkan, lagi rugilah Iraq. Jika sekarang Iraq mahu USD 1 juta, ianya perlu membayar lebih 1 Biliion Dinar. Tetapi jika diapungkan dan bernilai 1 Dinar = 1 USD, maka Iraq hanya memerlukan 1 juta USD sahaja. Maka tak timbul isu Dinar Iraq terlambak dipasaran sehingga 35 trillion. Jika dinar naik nilainya, maka barangan impot Iraq akan lebih murah lagi.
Yang berat bagi kita ialah MENANTI. Jangan ada yang isem sudah le. Ada yang dah kena perli “bila mahu kaya bib?”. Ha ha. Fasal apa kasi heboh sama orang lain, yang u nak kaya oiii. Depa tu memang suka sangat kalau u tak kaya kaya. Woooo.
Jatuh dan naik nilai sesuatu matawang boleh dilihat dengan dua cara. Cara pertama telah saya perkatakan pada posting semalam.
Cara kedua ialah dengan membandingkan nilai matawang negara berkenaan dengan matawang beberapa buah negara lain. Lazimnya sesebuah negara membandingkan nilai matawangnya dengan USD. Misalnya Malaysia membandingkan RM dengan USD Jika kecil kadar pertukarannya, maka tinggilah nilai RM. Sebelum tahun 1998, kadar pertukaran ialah USD 1.00 = RM 2.50. Pada 1998, RM jatuh merudum ke RM 3.80. Kini USD 1 = RM 3.10.
Jatuh naik kadar pertukaran ini kena dilihat dari dua aspek, samada RM yang meningkat atau USD yang jatuh. Pada 1998, kadar pertukaran berubah kerana nilai RM yang jatuh. Kini kadar pertukaran berubah kerana nilai USD yang jatuh merudum. Dalam hal ini untuk mengetahui kekuatan matawang RM, kita kena buat semakan silang dengan matawang lain pula misalnya dengan Dollar Singapura. Kadar pertukaran RM dengan Singapura tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Tetapi pertukaran RM dengan Riyal Saudi sekarang dapat dilihat betapa Riyal Saudi merosot nilainya. Kalau dulu RM 100 sama dengan 100 Riyal tetapi hari ini RM 100 sama dengan 163 Riyal. Kita boleh katakan RM menguat atau Riyal yang jatuh.
Saya masih teringat teori Ekonomi Ghafar yang kedua. Apabila pembangkang mengatakan RM melemah akibat dasar ekonomi Mahathir yang banyak membuat pinjaman luar, maka Ghafar Baba pun menjawab ” bukan duit kita yang jatuh tetapi duit negara luar yang naik”. Ha ha. Sepintas lalu jawapan itu betul. Namun kita kena lihat dari sudut yang lain juga.
Secara ringkasnya kalau nak tau nilai matawang sesebuah negara, ianya perlu membandingkan dengan matawang USD dan negara-negara lain.
Jatuh dan naik nilai sesuatu matawang boleh dilihat dengan dua cara.
Pertama – Dengan melihat kuasa beli matawang dalam negara tersebut. Ianya berkaitan dengan inflasi dan indek harga pengguna negara berkenaan. Dulu, harga ikan kembong RM 1 sekilo. Sekarang RM 7 atau RM 10 sekilo. Maka nilai wang kita seolah-oleh merosot 1000%. Maka cara mengatasinya ialah pasaran atau kerajaan akan menaikkan kadar upah atau gaji pekerja untuk menampung kos hidup dalam negara. Dulu, gaji mula seorang pagawai berijazah ialah RM 900. Sekarang RM 1,800 ke RM 2,000.00. Sebenarnya tak ada perbezaan hakiki gaji dahulu dengan sekarang kerana ia berkaitan dengan kos hidup dan kadar upah/gaji. Jika inflasi dan harga barang naik tanpa kawalan, maka pendapan benar atau pendapatan hakiki tahunan kita sebenarnya tidak naik.
Saya pernah melawat ke Turki pada pertengahan 1990an. Kadar bunga (intrest) banknya ialah 100%. Saya tulis lagi – 100%, supaya jangan anda kata saya silap menulisnya. Saya pun bersemangat nak buat deposit di Istanbul. Ha ha. Macamlah ada duit RM 1 juta. Wooo. Beberapa hari duduk di Istanbul, maka barulah saya tahu, rupa-rupanya kadar inflasi di Turki ialah 100% setahun. Maka dividen deposit anda itu hanya untuk cover kejatuhan nilai wang anda sahaja. Walaupun pendapatan anda bertambah 100% tetapi kos hidup anda pun bertambah 100% juga. Tak ada maknanya.
Berdasarkan petunjuk ini, anda boleh mengukur kekuatan wang negara anda dengan negara lain berdasarkan harga sesuatu barangan. Berapa harga sebiji burger king di Malaysia dibanding dengan Indonesia. Jika anda tahu, maka anda akan tahu nilai sebenar wang anda.
Saya akan sambung perbincangan isu ini pada esok hari. Ha ha. Isu ini berkait dengan isu pembuangan 3 kosong pada Dinar Iraq. Sebelum anda faham isu 3 kosong, maka isu ini perlu difahami terlebih dahulu. Kalau tak, boleh pening kepala bib. Setakat nak jawap melalui sms, lagilah tak payah. Ha ha.
Beri peluang saya nak tengok gelagat pejuang Melayu di PWTC hari ini. Wooo. Namun kawan-kawan dari Gunung Semanggol dah tahu hal ini kerana mereka 3 jam bersama saya pada petang semalam, makan nasi Iran sebagai persediaan menjadi JUTAWAN DINAR. Ha ha.
Proses pembuangan 3 kosong perlu mengambil masa yang panjang. Baca di sini
Ramai bertanya Money Changer mana yang akan menerima pertukaran Dinar Iraq selepas ianya diapungkan. Pada lazimnya semua Money Changer di KL ini menerima pertukaran semua matawang yang digunakan di pasaran. Maka Dinar Iraq pun sepatutnya begitu jugalah apabila telah diapungkan nanti.
Tak timbul isu mampukah Money Changer menukar 100,000 Dinar nanti yang bakal menjadi RM 100,000.00. Kalau anda bawa USD 10 juta pun mereka mampu menukarnya. Jangan anda pandang ringan kemampuan Moner Changer. Mereka ada konsortium yang kuat sekali untuk mengurus pertukaran matawang dalam nilai yang besar. Tak percaya boleh cuba sekarang. Sesiapa yang ada USD 10 juta, jom tukarkan ke RM sekarang. Mesti mereka belanja anda muruku pedas. Mereka memang kedekut wei!!!
Kadar pertukaran di Money Changer adalah lebih baik dari Bank Komersil. Bank komersil itu ialah bank-bank biasa seperti May Bank, CIMB dan Public Bank.
Selepas apungan nanti, saya akan maklumkan kepada anda Money Changer mana yang bersedia menerima tukaran Dinar. Lepas tukar wang Dinar belanjalah saya Nasi Iran. Woooo.
Bunga-bunga harapan menjadi jutawan kembali segar selepas menonton TV1 dalam rancangan
Global@1 pada jam 11 malam tadi. Berpusu-pusu sms masuk ke hp saya memberi maklom ke atas rancangan itu. Ada yang tak sabar menunggu bulan November 2010 atau Februari 2011, dikatakan tarikh dinar akan diapungkan. Tarikh tersebut lebih kurang sama dengan tarikh jangkaan saya dalam blog ini.
Yang menggerunkan saya ialah nilai apungannya. Jika pada bulan November ini, maka nilai apungan ialah USD 1.49. Jika bulan Februari 2011, nilainya ialah USD 3.80. Bukan USD 0.30 seperti yang saya ramalkan. Kalau lebih siapa nak marah kan. Ha ha.
Krisis perlantikan PM, merupakan hambatan utama kepada apungan dinar ini. Iraq sudah bersedia membentang Bajet 2011 sebanyak USD 86.4 billion. Tetapi apakah kerajaan sementara yang akan meluluskan Bajet ini? Tak sewajarnya. Maka kes PM Iraq perlu dibereskan sebelum pembentangan Bajet 2011. Setakat ini hanya Bajet Negeri Perak sahaja dibentang dan diluluskan dalam 30 minit sahaja. Wooo. Nasib kaulah Nizar oi…
Nampaknya kesah pembuangan 3 kosong pada Dinar iraq sudah tidak berpanjangan lagi. Ianya tak logik dan merugikan Iraq sendiri. Bukan kaedahnya bagi sebuah negara itu membuang angka kosong kepada matawangnya sebagai salah satu strategi memperkukuhkan ekonomi dan matawangnya.
Dari ulasan TV1 semalam, sesungguhnya Amerika yang memerlukan dinar ini naik kerana untuk membayar kos peperangannya di Iraq. Itulah doa Bush. Pertama kali doa anda sama dengan Bush, dek kerana Dinar. Ha ha ha ha.
Oh ya, saya tak mampu menjawab soalan sms yang memerlukan jawapan yang panjang. Maka talipon saya sahaja. Ha ha. Boleh patah jari menjawab sms macam tu. Takkan nak kaya, kedekut bayar bil talipon. Wooooo.
SELAMAT MENANTI MENJADI JUTAWAN.
Nota: Jualan Dinar dibuka semula sehingga ke satu tarikh yang akan saya nyatakan. Kok ramai yang terkilan nanti. Woooo.
Banyak benar khabar angin dan spekulasi tentang Dinar Iraq sejak akhir-akhir ini. Banyak sms yang bertanyakan kepada saya tentang berita tersebut. Kekadang berita itu tak rasional langsung. Malas saya nak menjawabnya. Menguntungkan telco sahaja nanti. Ha ha. Jari pun dah letih menjawabnya. Kalau tak jawab, eloklah anda talipon saya sahaja. Kalau tarak hal, saya jawab le. Tapi bersedia mendengar gelak saya dulu. Woooo.
Saya mengharapkan pemilik Dinar bertenang. Ada 3 tarikh apungan iaitu:
Kalau anda lewat tahu pun selepas dinar diapungkan, anda masih selamat dan ada masa untuk menukarnya. Takkanlah anda hendak melompat terjun secara tiba-tiba sahaja apabila dinar diapungkan. Boleh sakit jantung bib. Relax. Solat syukur dahulu.
Saya akan bagi tau dalam blog ini jika dinar telah diapungkan. Bacalah blog ini selalu. Tak kena bayar pun. Tak payahlah sms kepada saya di tengah malam bertanyakan hal dinar ini. Sms tengah malam ini kalau ada orang mati je. Ha ha. Tu yang suspen bila dengar sms tengah malam. Kasi peluanglah saya nak peluk isteri. Woooo.
Perebutan PM Iraq semakin hebat lagi. Kumpulan Alawi dan Maliki makin sukar berkompromi nampaknya. Tak tahu apa nak jadi Pak Arab ni!!!!!
Nampak gaya kena hantar Sheikh Anwar ke sana untuk coolkan kepala Pak Arab ini. Anwar bekas Presiden WAMY, baik dan dihormati oleh Pak Arab. Kalau dia PM Malaysia, berapa billion pun duit Pak Arab tu akan masuk ke Malaysia. Ada betul ka wahai Hj Ahmad Ghazi Al Nibong Tebal? Woooo.
Saya belum menerima lapuran forum anjuran Bank Negara Iraq pada dini hari semalam. Mungkin Isnin nanti akan ada lapurannya. Tunggu sahajalah.
Forum pada dini hari semalam ialah membincangkan isu pembuangan 3 kosong pada dinar Iraq. Apakah maksud kenyataan itu sebenarnya. Ramai yang risau jika benar terjadi. Tak gila namanya apabila 25,000 Dinar akan menjadi 25 Dinar sahaja. Pada saya logiknya tidak ada. Bukan saya bankrap tetapi bank-bank di Iraq pun akan bankrap. Sahabat-sahabat kita yang ada 10,000 Dinar pun tak tidur malam dibuatnya. Ha ha.
Jika bukan pada bulan Oktober ini Dinar diapungkan, maka saya lebih cenderung kepada tarikh selepas Baget Iraq pada akhir tahun ini. Setia Usha Negara Amerika telah membuat kenyataan bahwa Iraq adalah antara negara yang terkaya di dunia ini sekarang. Takkanlah negara terkaya, wangnya bernilai di bawah satu sen USD. Tak logik langsung. Iraq hanya menunggu masa terbaik memukul gendang untuk mengapungkan dinarnya. Bila?. Bila-bila masa dari sekarang. Tempoh antara 5 ke 10 tahun yang diberikan oleh peramal ekonomi, kini adalah masanya. Kini sudah 7 tahun Dinar menunggu diapungkan.
Supaya anda jangan tension, zikirlah kepada Allah. Kalau tak boleh gila nanti oi. Klinik Satu Malaysia tak ada ubat untuk orang yang sakit ism Dinar. Ha ha.
Jangan lupa menonton TV 1 setiap malam jam 11 malam. Cerita Iraq mesti ada punya. Hari Ahad ini cerita best. Semalam pun ada cerita best – KEBANGKITAN EKONOMI IRAQ SUDAH BERMULA. Wauuu.
Jika anda memiliki sejuta Dinar Iraq dan diapungkan pada harga USD 0.30, maka anda terus mendapat RM 1 juta. Alangkah baiknya jika anda menjadi jutawan beriman.
Apa syarat jutawan beriman? Senang sahaja iaitu patuhlah kepada semua perintah Allah dan menjauhi larangannya. Akidah kena betul. Kena yakin dengan kebesaran dan kekuasaan Allah. Jangan perlekeh hukum Allah. Kena sokong kepada sesiapa yang nak tegakkan hukum Allah di muka bumi ini. Jangan sesekali bersimpati dengan penentang hukum Allah. Nampak senang bib. Tetapi bila pilihan raya, bagi sekampit beras pun dah belot. Ha ha.
Yang kedua, solat jangan ditinggalkan. Jangan sesekali ada istilah qadha. Kerja macam mana pun, solat jangan tinggal. Naik kapal terbang pun jangan lupa solat. Para sahabat Nabi, ketika perang pun boleh solat. Orang Melayu ada sedikit majlis pun, dah tak boleh solat. Ikutlah iman Bilal bukan iman Melayu.
Yang ketiga, keluarkanlah zakat atas pendapatan kita. Untung dinar tak perlu haul. Cukup dengan syarat nisab sahaja. Ia ibarat untung jual saham. Apung je dinar Iraq, keluarkanlah zakat Dinar Iraq tu.
Moga rezeki kita melalui Dinar Iraq diberkati dan dirahmati oleh Allah jua. Dah dekat tu….
Jangan pelik, jika kes perlantikan PM Iraq akan tertunda sehingga tahun hadapan. Saya tak tahu adakah Menteri Kewangan kerajaan sementara boleh membentang baget Iraq pada akhir tahun ini. Jika nak apungkan Dinar itu kuasa Gabenornya sahaja. Maka saya tak risau sangat. Tentu tak wajar jika kes apungan Dinar tanpa ada satu kerajaan yang sah, bukan sebuah kerajaan sementara sahaja.
Sejak beberapa minggu terakhir ini, berita berkaitan dengan sumber minyak yang menyumbangkan pendapatan Iraq mendapat liputan luas di media massa. Iraq dikatakan mempunyai 30% lebih reserve minyak dari seperti yang dijangkakan pada sebelum ini. Maka ekonomi Iraq akan lebih laju dan memberi keyakinan kepada dunia. Maka isu apungan pun semakin panas. Di Amerika, penyimpan Dinar telah diajar bagaimana nak menguruskan tunai selepas Dinar diapungkan. Maklomlah mereka sudah menjadi jutawan. Ha ha. Kita di sini masih bertanya apa nak jadi pada note dinar ini jika Iraq menerbitkan note baru pula? Malah ada yang mengatakan adakah ini satu sendikit penjualan Dinar palsu!!. Begitu sekali hebatnya rakyat Malaysia dalam pengurusan pemikiran risko, sehingga terlepas peluang untuk memiliki Dinar Iraq. Apa boleh buat.
Sebenarnya usaha-usaha mengapungkan dinar ini telah bermula sejak tahun 2007 lagi. Pihak Bank Negara Iraq sedang mengkaji apakah kesannya kepada semua pihak jika Dinar diapungkan dan dinar kembali kepada harga lama semula iaitu 1 Dinar = 3.20 USD.
Wahai Bank Negara Iraq, kami rakyat Malaysia akan bersyukur jika nilai Dinar itu naik ke USD 0.30 sahaja. Maka 50,000 Dinar yang kami ada ini akan menjadi RM 50,000.00. Woooo. Yang memiliki kurang 50,000 Dinar itu, eloklah tambah lagi sehingga menjadi 50,000 Dinar. Kok ralat nanti. Yang dah ada sejuta tu, cukup le. Ha ha.
Bukan anda sahaja yang menunggu Dinar Iraq diapungkan. Bush bekas Presiden Amerika pun mengharapkan Dinar diapungkan juga. Bush yang menyerang Iraq pada 2003. Dia telah membelanjakan USD 900 bilioin untuk kos perang di Iraq. Majoriti rakyat Amerika marah kepada Bush kerana perbelanjaan perang ini telah menyebabkan ekonomi dan kebajikan rakyat Amerika terjejas.
Namun, Bush mengatakan perang ke atas Iraq itu sendiri yang akan membayar balik kos peperangan tersebut. Bagaimana?. Ya, dengan keuntungan dari kenaikan dinar dan perolehan minyak oleh Syarikat Amerika di Iraq pada masa sekarang dan akan datang, itulah yang akan menebus dosanya sebelum ini terhadap Amerika.
Perbendaharan Amerika sendiri telah membelanjakan USD 400 juta untuk membeli Dinar Iraq, disamping rakyatnya sendiri membeli USD 100 juta. Wau, kita baru beli setakat nak buat rumah banglo sahaja. Ha ha.
Sejak minggu lepas, pemain pasaran wang sedang berusaha membawa dinar ke pasaran kerana keyakinan kepada nilainya yang akan kembali ke harga sebelum Perang Teluk iaitu USD 3.20. Wau. Ini berita paling panas kerana bukan setakat Iraq sahaja mahu menaikkan nilai dinarnya, tetapi pasaran wang dunia juga yang mahukan dinar masuk ke pasaran wang. Yang tak hendak mungkin seorang dua Money Changer Kota Bharu yang tak tahu langsung hal dinar Iraq ini. Ha ha, Kesian kawan saya yang tanya hal Dinar kepada Money Changer di Kota Bharu. Manalah depa tahu semua hal dalam dunia ini….
Jika dinar naik ke USD 3.23, maka Amerika akan meraih USD 15 trilion. Maka Amerika mampu membayar balik semua hutangnya dalam tempoh satu malam sahaja. Dan anda pun akan jadi jutawan segera. Ha ha. Yang lama ialah MENANTI. Woooo.
Next Page »